TAK BISA MEMBUATMU MENCINTAIKU

Tiada kutahu kapan,
Ku telah mencintamu,
Tiada kusedar bila,
Ku telah mengasihimu.

Tidak perlu kau tahu,
Isi hati ini,
Kerana ia,
Tak mengharuskanmu,
Untuk mencintaku kembali.

Ku telah pernah,
Kangen padamu,
Tersuntik ia,
Sehayat temu.

Ku telah pernah,
Menyentuh wajahmu,
Walau tak tersampai jejariku,
Menyapa kulitmu.

Semua itu,
Hanya aku yang tahu,
Menguncinya,
Dalam nafasku.

Kungerti,
Tak dayaku,
Membuatmu mencintaku,
Tak kusalahkanmu,
Itukan rasaku,
Bukan perasaanmu.

Sertaku,
Dalam hidupmu,
Walau bak angin lalu,
Kan kurestu,
Nyata cinta ini,
Tidak tersurat bagimu,
Hanya siratnya,
Seorang aku.

Comentários:

Posting Komentar

 
RENUNGAN JIWA © Copyright 2013 | Design By Haries Budjana |